fbpx

“Saya Tak Pernah Rancang Hati Untuk Suka Wanita Berusia”

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kisah cinta usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli dengan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang tidak kesampaian.

Iqbal berkata dia tidak pernah merancang untuk jatuh hati dengan wanita berusia. Kata Iqbal lagi, semuanya berlaku secara tiba-tiba.

BACA: Ahmad Iqbal Bawa Diri Ke Luar Negara?

“Saya tidak pernah rancang hati saya untuk suka kepada wanita usia berapa. Mungkin disebabkan sejak kanak-kanak saya lebih suka bergaul dengan golongan lebih dewasa,” katanya.

Kata Iqbal lagi, dia juga tidak pernah berharap seseorang pasangan itu membantunya dalam hal-hal kerja kerana apa yang penting pasangan yang menenangkan.

“Apa yang saya gambarkan mahu isteri yang suri rumah pun tidak kisah asalkan dapat mendampingi dan menenangkan.

“Saya suka manjakan pasangan. Macam mana saya belikan barangan kucing pun sudah lebih banyak berbanding untuk diri sendiri, begitulah mungkin untuk isteri nanti. Apa pun saya cuba mengenali sesiapa sahaja,” katanya.

Terdahulu, Iqbal berkata dia sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan dengan Vida, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.