fbpx

“Saya Tak Pernah Kongkong, Berapa Gaji Dia Pun Saya Tak Tahu”

Semalam hangat diperkatakan apabila pemilik skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menegur kemerosotan prestasi, Safawi Rasid yang dikatakan kerana sedang hangat bercinta.

Bagaimanapun, Syifa Melvin menafikan dirinya menjadi punca prestasi Safawi merudum. Ujarnya, selama ini dia menjaga kekasihnya dengan baik dan jika dia meberi tekanan kepada Safawi sudah tentu pemian itu ‘angkat kaki’.

BACA: Syifa Melvin Tak Kemaruk Nak Kahwin Dengan Safawi Rasid

“Saya tidak pernah mengongkongnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kariernya terjejas.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya kepada Harian Metro.

Syifa turut berasa sedih dengan tuduhan mengatakan dia mengambil kesempatan terhadap kekasihnya. Malah, dia tidak pernah meminta wang daripada kekasihnya apatah lagi tidak pernah memaksa Safawi untuk berkahwin.

“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 orang adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga mengatakan apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka sedang mempunyai masalah tahun lalu.