fbpx

“Saya Tak Pernah Keluar Kenyataan Sudah Bertudung” – Nina Iskandar

Perkongsian gambar terbaru pelakon Nina Iskandar di Instagram menimbulkan tanda tanya netizen adakah dia tidak lagi berhijab.

Memetik mStar Online, Nina berkata dia tidak pernah bertudung atau membuat sebarang kenyataan bahawa dirinya sudah berhijab.

BACA: Lima Tahun Buka Tudung, Nina Iskandar Kembali Berhijab

“Saya tak pernah bertudung dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal itu,” katanya.

Sejak dua tahun lalu, penampilan Nina yang dilihat bertudung mendapat reaksi positif daripada netizen yang memuji pelakon itu.

Sementara itu, ditanya mengenai rumah tangganya dikatakan bermasalah apabila sudah tiada gambar suaminya di media sosial, Nina enggan mengulas lanjut.

“Doakan yang terbaik. Sekarang ini saya hanya fokus kepada diri sendiri dan kesihatan. Saya mahu turunkan semula berat badan. Saya lebih memberi tumpuan kepada perniagaan dan mahu menyambung semula kerjaya lakonan,” katanya.

Nina mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada Apriil 2019. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.