“Saya Tak Pernah Dengki Dengan Sakinah Walaupun Dia Paling Kaya”

Dalam satu segmen di radio Suria fm baru-baru ini, penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah ada membincangkan topik perasaan hasad dengki dengan adik-beradik bersama pendengar.

Menerusi segmen itu, Shahirah mendedahkan dia tidak pernah menyimpan perasaan hasad dengki terhadap adiknya, pelakon Sharifah Sakinah. Katanya, hubungannya dengan Sakinah lebih daripada seorang adik.

BACA: Sharifah Shahirah Bidas Netizen Cemuh Sharifah Sakinah

“Saya dengan Sakinah tak pernah ada rasa dengki sebab umur kamu dua jarak jauh. Lagisatu saya dah anggap Kinah ni macam anak saya sendiri. Tak layan macam adik pun. Masa kecil saya yang tukar lampin dia semua jadi dah layan dia macam anak,” katanya.

Meskipun dia yang terlebih dahulu menceburi industri hiburan berbanding Sakinah, Shahira berkata dia tidak pernah rasa cemburu walaupun adiknya itu kini antara yang berjaya dan kaya sekarang.

“Memang tak ada nak dengki ke, cemburu ke dengan dia walaupun dia lah yang paling kaya sekarang,” kongsinya.

Selain Shahirah dan Sakinah, kakak mereka iaitu Sharifah Haslinda juga sebelum ini merupakan seorang pelakon yang cukup aktif menerusi drama televisyen pada era 90-an.

×