fbpx

Baru-baru ini, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong berkongsikan pengalamannya hidup bermadu serta kehidupan sebagai isteri kedua.

Memetik Kosmo, menerusi video dikongsikan di TikTok, hidup bermadu tidak seindah yang disangka apatah lagi terpaksa melakukan banyak perkara seorang diri tanpa suami di sisi.

BACA: Chef Wan & Shikin Maembong Berdamai

@shikin_maembong

Sape suruh? Kan da kene tinggal ? #divorce #fyp #CapCut #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #binikedua #singlemom #memories #singleisbetter #imfree

? suara asli – hierapsz. – Hieraps

“Siapa suruh jadi bini nombor dua, kan dah kena merayap mall (pusat beli belah) seorang diri, birthday (sambutan hari jadi) sambut seorang dekat rumah, tiada hadiah tidak apa. Hidup bertiga sahaja dengan anak dan maid (pembantu rumah) kehulur kehilir,” kongsinya.

Menurut Shikin lagi, sebagai isteri kedua dia perlu mengalah meskipun perkahwinannya itu mendapat keizinan dan direstui oleh isteri pertama.

“Saya tak pernah berimamkan suami. Pindah rumah pun urus sendiri. Taat setia macam mana sekali pun, kerana nak jaga nama, tetap kena cerai. Walaupun madu terima, tetap kena mengalah kalau suami tak balik rumah,” katanya.

Terdahulu, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan anak Chef Wan iaitu Chef Riz pada 2014, namun bercerai pada 2016. Pasangan itu dikurniakan seoang cahaya mata, Putri Arianna Natasya.

Kemudian Shikin berkahwin sekali lagi dengan seorang individu yang tidak didedahkan identitinya dan memilih menjadi isteri kedua.