Umum mengetahui, semalam hangat diperkatakan mengenai pengarah terkenal, Syamsul Yusof yang sudah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.
Menerusi satu komen ditinggalkan oleh ibu kepada pengarah itu iaitu Datin Patimah Ismail, dia tidak berdoa agar Syamsul dan isterinya bercerai sebaliknya memohon Allah beri yang terbaik buat anaknya.
BACA: “Jika Benar Berita Ini, Saya Amat Bersyukur” – Datin Patimah
Sebelum ini, dalam satu temu bual Datin Patimah dikatakan bersyukur seandainya berita perceraian itu benar. Dalam artikel itu juga, Patimah turut berharap anaknya itu kembali ke jalan yang benar.
Menerusi artikel itu juga, Datin Patimah berkata dia sudahpun memaafkan keluarga Ira atas apa yang berlaku apatah lagi rumah tangga menantunya itu sudah pun hancur.
“Namun, nasi sudah jadi bubur dan rumah-tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul hancur, anak-anak jadi mangsa,” katanya.