fbpx

“Saya Tak Mahu Terus Terbawa-Bawa Perasaan sedih Ketika Tempoh Ini”

Perkongsian terbaru, Mizz Nina menjadi perhatian apabila menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepadanya.

Menerusi entri itu, Nina berkata hidup perlu diteruskan dan dia tidak mahu membiarkan emosinya terganggu atau terbawa-bawa dengan perasaan sedih. Dalam perkongsian itu, Nina turut berkongsikan gambarnya sedang mengendong anak angkatnya, Musa.

BACA: Diva AA Anggap Perpisahan Mizz Nina & Noh Salleh Sebagai Trend Artis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???????? ????? (@officialmizznina)

“Hidup harus diteruskan dan mengikut nasihat salah seorang guru saya sebelum ini, teruslah berpegang kepada Allah SWT walau apa pun dugaan yang diberikan.

“Allah lebih mengetahui apa yang terbaik dan ujian-Nya buat kita. Malah, saya juga tidak mahu terus terbawa-bawa dengan perasaan sedih ketika tempoh ini.

“Itu yang saya risaukan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi dan doa ini adalah yang terbaik buat semua yang memerlukan,” tulisnya.

Perkongsian Nina itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang mendoakan yang terbaik buat penyanyi berusia 42 tahun itu.

Terdahulu, Noh dan Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur. Kemudian, pasangan itu mengesahkan mengenai perceraian mereka di Instagram masing-masing pada Khamis lalu.