fbpx

Bapa kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah yakin isteri kepada Shuib iaitu Watie mampu menjaga empat cucunya dengan baik.

Memetik BH Online, Raisuddin berkata dia melihat Watie akrab dengan cucu-cucunya dan percaya dia mampu menjadi ibu yang baik.

BACA: “Pada Yang Komen Macam Tahu, Tanggunglah Dosa” – Shuib

“Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik. Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

“Apa yang bakal berlaku di hadapan biarlah Allah yang tentukan. Setakat ini, saya yakin Watie mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Raissuddin berkata dia gembira dengan perkahwinan menantunya itu serta mengatakan Shuib tidak pernah meminggirkannya meskipun anaknya sudah lagi tiada.

Dalam pada itu, Raissuddin berkata dia tidak jika seandainya menantunya itu lebih mengutamakan Watie kerana itu yang perlu dilakukan sebagai suami seperti pernah dilakukan Shuib ketika bersama arwah anaknya.

“Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu. Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

“Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi,”