fbpx

“Saya Tak Kata Pun Anak Saya Tak Salah, Dah Itu Pilihan Dia”

Pelakon Abby Abadi dilihat memuat naik perkongsian di Insta Story apabila ada segelintir pihak tampil mempersoalkan kenyataannya mengenai anak perempunanya, Marissa Dania baru-baru ini.

Menerusi entri itu, Abby berkata ada yang mengatakan sesi temu bual itu sebagai sampah dan tidak sedar diri namun mempersoalkan mereka masih mengikuti berita tersebut.

BACA: “Mereka Sekolah Agama, Bermadu Untuk Elak Maksiat” – Abby Abadi

“Berita sampah lah, tak sedar diri lah.. Tapi follow juga. Kesian orang macam ni. Tak payah sibuk hal orang.. duduk je diam-diam okay. Tak suka dengar saya jawab bila press interview saya, tapi follow buat apa,” katanya.

Menurut Abby lagi, dia tidak pernah menyebelahi tindakan anaknya itu namun itu adalah pilihan Marissa. Kata Abby, jika mana-mana pihak engga mendoakan yang terbaik untuk anaknya lebih baik berdiam diri dan tidak menambah dosa.

“Saya tak kata pun anak saya tak salah. Dah itu pilihan dia, jadi biarlah dia lalui sendiri. Tak lalu tak tahu kan? Tak mahu mendoakan yang baik-baik, baik diam je dari tambah dosa okay,” katanya.

Terdahulu, Abby berkata dia menerima kenyataan namun masih ralat dengan apa yang berlaku serta tertanya-tanya dengan keputusan anaknya itu.