fbpx

“Saya Tak Hina Orang Miskin, Kami Pun Tak Kaya Mana”

Minggu lalu, nama pelakon baru Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatilla Melvin menjadi tumpuan ramai apabila dikaitkan dengan dakwaan punca prestasi pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid merudum.

Belum reda dengan isu itu, Syifa terus terpalit kontroversi apabila didakwa menghina penduduk setinggan. Syifa mengatakan sesiapa sahaja memakai turban tersebut secara automatik akan nampak mewah dan mahal meskipun duduk setinggan dan PPRT.

BACA: Syifa Melvin Dikecam Hina Penduduk Rumah Setinggan, PPRT

Sedar kenyataannya itu mengundang kemarahan ramai, Syifa tampil membuat permohoanan maaf secara terbuka menerusi Instagram miliknya. Syifa turut menjelaskan maksud sebenar kenyataannya itu.

“Saya nak pohon kemaafan kepada semua orang yang dah tengok video yang tersebar tu. Kenapa saya gelak dalam video tu, bukan saya ketawakan orang miskin, orang yang duduk rumah setinggan, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tak.

“Sejujurnya niat yang saya maksudkan dalam video tu adalah, bila kita memakai material sebegitu, kain satin dan warna yang mewah macam tu, kat mana je kita berada, kita akan nampak yakin. Itulah maksud saya yang sebenarnya,” katanya.

Syifa turut memberikan penjelasan yang sebetulnya tentang kenyataannya itu yang disalahertikan oleh orang ramai. Syifa berkata, tidak mungkin dia mahu menghina orang susah kerana dia juga bukan dari keluarga kaya.

“Duduklah dekat reban ayam sekali pun, bukan kata korang penghuni reban ayam tu, maksudnya korang memang ada dekat situ, kita tetap nampak confidence dan mewah.

“Tak kan la saya nak mengutuk, menghina orang tak berkemampuan sebab kami bukan kaya, tak kaya pun.  Tapi itulah, orang dah salah tafsir dan niat kita ni sepatutnya tak perlu beritahu orang pun tapi terlalu banyak kecaman yang diterima sampai orang salah sangka sampai timbulkan fitnah,” katanya.