Masih belum berkesempatan mendengar sendiri kenyataan melalui Farid Kamil sendiri yang kini berada di bawah tahanan reman polis, adik pelakon berkenaan menjelaskan beberapa perkara berikutan kejadian tersebut.

BACA: Mahkamah Benar Farid Kamil Direman Empat Hari


“Ketika bertemu dia (Farid Kamil) beritahu saya bahawa dia sudah lama tidak berjumpa dengan dua anaknya. Dia kelihatan murung namun saya tidak sangka dia bertindak sedemikian”


“Dia mungkin mengalami tekanan perasaan dan masalah mental. Kami sekeluarga akan memberi sokongan mental terhadapnya termasuk membawanya berjumpa doktor pakar,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, menurut laporan BH Online yang mendapatkan kenyataan isterinya, Diana Danielle, pihak pelakon wanita berkenaan tidak pernah menghalang Farid untuk bertemu dengan anak-anaknya.



“Disebabkan saya bekerja, saya tinggalkan dua anak saya di bawah jagaan ibu. Rumah ibu hanya setingkat bawah rumah saya iaitu di kondominium yang sama. Dia boleh berjumpa anak-anak dengan mudah kalau dia mahu,” katanya kepada portal berita tersebut.

Farid Kamil kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. (rtky/s)