“Saya Tak Faham, Kalau Sayang Binatang Tu Janganlah Korbankan” 

Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsikan media sosial dipenuhi dengan hantaran haiwan peliharaan kesayangan mereka menjadi haiwan korban pada Hari Raya Aidiladha.

Menerusi Insta Story, Atikah berkata melihat perkongsian itu membuatkan hatinya sayu serta tidak faham mengapa perlu korbankan jika sayang  haiwan tersebut serta memohon maaf mungkin kerana dia kurang ilmu berkenaan perkara itu.

BACA: Atikah Suhaime Pertama Kali Beli Beg ‘Local Brand’, Tak Sangka Setanding Jenama Antabangsa

“Feed penuh dengan orang yang jaga kambing atau lembu dari kecil  penuh kasih sayang. Lepas tu Raya Korban harus korbankan binatang yang dia sayang tu.

“Saya tak faham, kalau sayang binatang itu, janganlah korbankan dia. Korbankan sahaja lembu atau kambing yang lain. Maaf mungkin ilmu saya tak banyak tapi apa tujuan upload tu semua dan buat saya menangis sepanjang raya korban ini,” tulisnya.

Sementara itu, Atikah turut berpendapat mengorbankan haiwan yang dipelihara sejak kecil adalah tindakan yang kejam, serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkongsi ilmu serta mengakui banyak lagi yang perlu dia pelajari.

“Bila orang kongsi pasal kambing dan lembu yang diorang jaga dari kecil dengan penuh kasih sayang tiba-tiba kena korban sekarang I macam, hmmm terasa kejamnya.

“Mungkin saya salah tetapi itu pandangan peribadi saya. Terima kasih kepada yang kongsi ilmu, maaf banyak lagi saya harus belajar.

“Cuma saya rasa orang harus berhenti muat naik posting sayang lembu atau kambing sampai nangis-nangis lepas tu korbankan sebab terasa kejam di mata orang yang kurang ilmu macam Atikah,” katanya.

×