Pelakon Kamal Adli berkata dia tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebaliknya menggunakan saluran yang betul untuk selesaikan kes rumah tangganya.
Memetik mStar Online, Kamal berkata mahkamah menjadi saluran untuk dia berjuang apatah lagi sudah tiada peluang untuk bertemu dengan isterinya, Uqasha Senrose.
BACA: Ellie Suriaty Puji Kamal Adli, Mulut Sentiasa Sebut Isteri & Anak
“Hari ini akan dengar apa hakim akan cakap, saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku.
“Saya akan berjuang. Ruang saya hanya di mahkamah kerana untuk berjumpa Uqasha sudah tiada peluang. Saya tak akan buat kenyataan bodoh, saya guna saluran yang betul,” katanya.
Kamal tiba di mahkamah sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutan ditemani peguamnya.
Dalam pada itu, Kamal turut meluahkan rasa gembira dapat bertemu dengan anaknya, Hawra Uqaira pada Selasa lalu.
Sumber: mStar Online