fbpx

“Saya Suka Perempuan Tinggi, Tak Pakai Mekap Sangat, Kelakar”

Pelakon Meerqeen berkongsikan ciri-ciri wanita idamannya menerusi satu temu bual bersama stesesn radio, Era FM Sarawak baru-baru ini.

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam berkata dia sukakan wanita yang tinggi, kelakar serta tidak mengenakan solekan.

BACA: “Kontrak Masih Dalam Perbincangan…” – Meerqeen Bersuara Isu Boikot

@erasarawak

E-Jodoh special bersama @dhirahsaini aritok tek kita ada the one and only @Meerqeen in the studio !! ? • #ERAsarawak

? original sound – ERA Sarawak – ERA Sarawak

“Saya ada banyak. Saya suka perempuan tinggi, fox eyes, tak pakai make up sangat. Bergantung kepada masa itu. Kalau ada acara awak boleh pakai make up tapi saya lebih suka barefaced.

“Lepas itu saya suka orang yang hormat mak bapa saya. Boleh masuk kepala, kelakar dan yang seronok untuk berborak,” katanya.

Sementara itu, Meerqeen berkata dia seorang yang memerlukan masa bersendirian jika merajuk dengan pasangan.

“Tapi saya kalau merajuk, saya takkan cakap saya bagi silent treatment. Saya akan pujuk diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Meerqeen juga mengakui dirinya masih lagi tiada teman istimewa kerana mahu memberi fokus dengan kerjayanya.

“Single but not available sebab saya tengah fokus kerja. Nanti kesian lah kalau ada teman wanita macam mana nak komited dengan dia,” katanya.