“Saya Suap Anak Sendiri, Bukan Suami Orang” – Jasmin Hamid
Pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa hairan dengan sikap netizen yang menyifatkan tindakannya menyuap makanan ke mulut anak lelakinya berusia 20 tahun, Ian Haziq sebagai menggelikan.
Menurut Jasmin, individu yang mengecam tindakannya itu disifatkan sebagai orang yang kurang kasih sayang dan mungkin mempunyai penyakit hati.
BACA: Anak Jasmin Hamid Tular, Ramai Nak Jadi Menantu
“Saya suap anak saya, bukan anak orang lain atau suami orang. Suap anak salah, tapi bila tengok ‘girlfriend boyfriend’ bersuap-suap, ‘sweet’ pula ya?
“Kalau tak suka jangan tengok. Walaupun anak-anak saya sudah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan mereka selagi saya sihat. Saya tetap akan peluk cium mereka.
“Ciuman dan belaian seorang ibu. Anak-anak saya sedikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka walaupun depan orang. Keluarga kami sudah diajar untuk saling sayang-menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan,” katanya.
Jasmin berkata sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai erti kasih sayang. Malah, Jasmin turut sedih melihat ada keluarga berpecah belah kerana tiada kasih sayang.
“Saya sendiri sudah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman daripada ibu bapa saya. Rindu yang amat. Ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibu bapa dan adik-beradik.
“Sedih tengok ramai keluarga yang berpecah-belah sebab dari kecil, keluarga tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat-menghormati antara anak-beranak. Bila sudah besar, semua buat hal masing-masing,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Stuju dgn JH..aku antara org yg ada adik-beradik tp rs sunyi mcm xdak siblings..sbb apa sbb x rapat
Abaikan la kata netizen mak ngah. Derang dh mereng sbb lockdown.
netizen2 mulut longkang ni adoilah. mereka dengki kot .
Jgn layan kak…ada je tak kena
Haha whats wrong with feeding your own kids omg so kesian. Dengki la tu mak kau tak suapkan kau kan. Broken home kot? Loser
saya suap anak lelaki sy walaupun dah besar pjg. biarlah apa org nak kata. bila suap, dapat rapatkan mereka, borak2, gelak2, spend time dgn depa. seronok perasaan tu, hanya mak2 yg tau.
Saya sama mcm JH.. sampai sekrg saya peluk cium & sometimes suapkn anak lelaki sulong saya yg umur 18 thn.. 1st thing in the morning anak2 akan peluk cium saya.. itu yg saya ajar mereka dr kecik.. yg kecik lelaki umur 12yo pun selalu dtg ke saya utk peluk & cium.. anak ke2 perempuan pun sama.. saya seronok bila mereka buat mcm ni.. saya tau mereka sayangkn saya.. ape bodo netizens yg kutuk & ckp geli tu.. mmg kurg kasih sayang agaknye..
Darah daging dia biar la…. Adehhh
Suka tgk jasmin dgn familynya. Teringat mcm aku adik beradik mnja dgn aruah mak . Mak suap kami berlima smpai dah sekolah rendah. Masa sekolah menengah kami ke asrama. Rindu sgt mak suap. Sedap betul mkn mak suap. Bila tua kita suap mak kdg kala mak saja2 nak suap kita. Skrg mak dh mninggal. Tapi kenangan x mungkin dilupakan.
Org yg geli tgk mak suap anak lelaki dh besar ni, otak kotor.. Sbb ada tersebar kisah2 lucah yg berkenaan sumbng mahram.
Internet ni mengotorkan otak kita. Kdg kala byk sgt layan internet memudaratkan sbb kita x boleh hilangkan kekotoran tu dari otak kita once dh masuk.
Betul TUU…KASIH SAYANG YANG DI IKAT DENGAN KEMAS..ANTARA ANAK DAN IBU..BOLEH DI BAWA ALAM AKHIRAT…
LAGI PULA IBU DAN ANAK..DARAH DAGING PERTALIAN HALAL…ALLAH LAGI SUKA…KALAU ANAK DAN IBU SALING SAYANG MENYANGI..ANTARA SATU SAMA LAIN..
BUAT APA NAK GELI NETIZEN????
KALAU DOK SUAP KEKASIH BELOM LAGI JADI SUAMI HANGGGG…X GELI PULAK???? cilap haribulan..BELOM kawin…dah tidor sekali kan…betul takkk???
Hahaha..bongok yg cakap geli tu..dia tu la kot yg geli mak dia cium dia..suapkan makan..agaknya dia mmg xpenah rasa mak suap/cium dia lagi kot..dia malu la tu mak dia suap dia mkn
Kesian ko dik..