Baru-baru ini, tular video memaparkan Fathia Latiff dilihat sedang meluahkan rasa tidak puas hati serta dendam terhadap dua individu serta mereka yang bekerja di bahawa jenama fesyen terkenal.
Menerusi sesi live itu, Fathia berkata dia berdendam dengan dua individu tersebut kerana dia tidak dapat menyertai majlis yang dianjurkan jenama terkenal itu.
BACA: Netizen Dakwa Fathia Latiff Sewa Teman Lelaki Di Jepun
Lebih menjadi perhatian, Fathia menitiskan air mata kerana kecewa dengan apa yang berlaku serta menyifatkan ianya tidak adil buat dirinya.
Korang stop la provoke Fathia Latiff. Kesian member sampai menangis. pic.twitter.com/GtIcEuE1Kj
— Bbie. (@twtbiy) January 29, 2024
“Itu yang saya dendam sangat. Kamu tahu betapa susahnya ibu saya belikan baju V*****, ibu dan kakak saya cantikkan saya supaya saya dapat pergi ke acara berkenaan.
“Tiba-tiba mereka tak benarkan saya hadir macam tu saja. It’s not fair. Sebab tu saya simpan dendam dekat dua orang bodoh tu,” katanya sambil menangis.
Terdahulu, Fathia memuat naik gambar bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza menjadi perhatian ramai apatah lagi mereka sudah lama berpisah sejak 2015.
Fathia berkata dia sudah lama move on namun provokasi netizen membuatkan dia geram serta teringat semula dendamnya terhadap Aiman.