Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri pertama kali mendedahkan kepada umum setiap hari dia akan solat berjemaah dengan anak-anak.

Menerusi Buat Saja Podcast, Alif berkata dia turut memberikan tazkirah agama kepada anak-anaknya dua kali seminggu dan akan sentiasa berada di rumah.

BACA: “Bonda Memang Seorang Yang Romantik, Manja” – Aliff Syukri

@buatsaja.podcast

Dengarkan perkongsian penuh di Channel Merah BuatSaja Podcast. Jangan lepaskan peluang mendengar perkongsian Dato’ Sri @Aliff Syukri Kamarzaman di BuatSaja Podcast Episod 9, bersama hos Tuan @Fahdi Ghazali dan Tuan @Mr. Pudin??CEO Urus Orang Nak tahu lebih lanjut tentang GMart dan perjalanan mereka? Jom follow mereka di: TikTok: @G-Mart Group Instagram: @gmart_group Facebook: G-mart Group YouTube: GMart Group Website: g-mart.my/portal

? original sound – BuatSaja Podcast – BuatSaja Podcast

“Saya setiap hari akan sembahyang berjemaah dengan anak-anak. Seminggu dua kali saya akan bagi tazkirah kepada anak-anak sendiri.

“Saya akan sentiasa berada di rumah setiap hari tanpa jemu. Walaupun saya keluar pergi majlis saya bawa satu keluarga, saya tak akan lepaskan anak-anak. Kalau anak perempuan saya keluar, akan ada PA yang akan teman atau bodyguard, saya tak akan bagi dia keluar seorang,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata dia tidak akan memaksa anak-anakya untuk mengikut jejak langkahnya atau mewarisi perniagaan yang diusahakannya.

“Saya yakin semua ibu bapa yang ada bisnes nak anak-anak mewarisi perniagaan mereka, nak anak jadi doktor. Tapi saya tak pernah paksa anak-anak saya. Saya hantar anak-anak sekolah antarbangsa, masuk kelas mandarin dan agama, tapi apa jadi di masa depan kita serah pada takdir.

“Saya tak pernah beranggapan anak akan kahwin dengan orang kaya, mewarisi perniagaan saya tapi saya sentiasa mengajar mereka. Macam sebelum ini, Qadejah jadi ‘endorsment’ dan dapat byaran, dia seronok.

“Anak saya umur 16 tahun, saya sudah cerita pasal zina, skandal dan dadah. Saya fokus kepada mereka tentang perkara itu sebab dekat sekolah benda tu kurang pendedahan,” katanya.

×