Pelakon Nora Danish berkata dia sering menerima mesej daripada individu yang cuba menjodohkannya tidak kurang juga tawarkan untuk menjadi madu buat suami.
Memetik mStar Online, Nora berkata dia terhibur dengan tawaran berkenaan namun tidak memberikan respon mahupun membalas mesej yang diterima.
BACA: “Jangan Buat Saya Nangis” – Nora Danish Dilamar Jadi Isteri Kedua
“Saya kadang-kadang kalau bosan, baca sajalah. Tapi saya ada terfikir juga, adakah di antara mereka ini yang jodoh saya kan? Kita pun tak tahu,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata berkenaan mesej seorang isteri yang memberi kebenaran untuk bernikah lagi, dia hanya memuat naik secara spontan sahaja. Kata Nora dia turut berfikir jika berada di tempat wanita berkenaan belum tentu dia rela untuk berkongsi suami.
“Macam saya fikir kalau saya ditempat dia, belum tentu saya merelakan benda tu kan? Cuma kebenaran akaun itu tak tahulah setakat mana, mungkin isteri dia pun main-main saja jadi saya tak tahulah,” katanya.
Dalam pada itu, Nora berkata dia tidak pernah menutup pintu hati untuk bertemu orang baru dan sentiasa berdoa dipertemukan jodoh yang baik.
“Saya memang sentiasa doa supaya Allah temukan saya jodoh yang baik di mata Allah, itu yang paling penting kan. Tak kisahlah siapa pun, kalau Allah kata itu yang terbaik untuk saya, saya akan merelakan. Takkanlah saya putus harapan, masih muda,” katanya.
Sumber: mStar Online