“Saya Rela Kahwin Dengan Duda Berbanding Suami Orang”
Usianya sudah menginjak 38 tahun, sudah pasti pelakon dan penyanyi, Farahdhiya tidak terlepas dengan soal jodoh dan mendirikan rumah tangga.
Bukan tidak mahu berkahwin, bagaimanapun Farahdhiya berkata dia sering didekati lelaki berstatus suami orang dan awal-awal akan menolak.
BACA: Perempuan Lain Suka Pergi Butik LV, Farahdhiya Seronok Pergi Pasar Tani
“Macam mana saya hendak berkahwin kalau lelaki yang mendekati saya 90 peratus adalah suami orang. Saya bukan cakap besar, cuma saya memang tidak mahu dan akan tolak awal-awal.
“Itulah masalah utama kenapa saya masih belum berkahwin sehingga sekarang. 90 peratus yang datang dekat saya itulah orangnya (suami orang). Saya tidak mahu cakap besar. Cuma saya ada pilihan iaitu tidak mahu berkahwin dengan suami orang (jadi isteri kedua),” katanya.
Farahdhiya berkata dia pernah berkawan rapat dengan lelaki yang merupakan suami orang dan selama itu juga dia berjaya menolak lamaran mereka. Katanya lagi, dia lebih rela memilih untuk berkahwin dengan lelaki bergelar duda daripada suami orang.
“Saya masih straight (menyukai lelaki) okay. Saya cakap begitu sebab seseorang pernah tanya saya sama ada saya lesbian atau tidak sebab tidak kahwin-kahwin lagi. Saya mahu berkahwin, tapi bukan dengan suami orang. Saya lebih rela berkahwin dengan duda,” katanya.
Farahdhiya mengakui pernah bercinta dengan beberapa lelaki sebelum ini namun tidak berakhir ke arah perkahwinan. Sementara itu, disebabkan dia masih belum berkahwin di usia 38 tahun, Farahdhiya mendedahkan dia pernah dianggap seorang lesbian.
“Saya pernah bercinta, cuma saya berahsia. Tidak perlu saya uar-uarkan perkara yang belum pasti. Walaupun saya berdarah campuran Inggeris, saya tetap ada rasa malu. Saya pernah mengenali beberapa orang lelaki sebelum ini, namun tidak menjadi.
“Saya masih straight (menyukai lelaki) okay. Saya cakap begitu sebab seseorang pernah tanya saya sama ada saya lesbian atau tidak sebab tidak kahwin-kahwin lagi,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
bagus u. bln ramadan ni doa byk2 dpt jodoh yg baik. x perlu sailang laki sesapa. tgk pencetus ummah, daie, lelaki muka selipar croc, semua akhirnya pulang ke pangkuan isteri pertama.
tgk saja artis miera liayana, lps sailang suami org, dia pun sendu. nora ariffin, xde rasa bersalah sakiti hati wanita lain. jgn jd mcm tu yaa
Budget Hot ? statement men I loath women who whining like this
ada jer laki tu jadi duda disebabkan nak kawin lain.
ni type cerewet..memilih sgt tu bagus, tp Zmn ni kalau memilih sgt ..tu yg bujang forever
SO MEANING TO SAY U DONT MIND JADI PENYONDOL ASALKAN SUAMI ORANG CERAIKAN ISTERI NYA…?
AAAHHH GITCHEWWWW…
Die ni mix jawa Italy biasanya this type of women Tak nak lahhh suami orang . Hopefully die jumpa jodoh sesuai at least die tak ade cita cita cam philipino mix tue U know who cam Maria Farida penyondol best friend punya suami. Hati hati dalam berkawan gais. Biase mix italy ni baik
X baloi sondol2 byk jntn bkn mmpu pun. Mampus je nnti kne kencam dan merana dihina sebagai penyondol. Not worth it. Baik ko enjoy cari harta sensiri. If the man mmpu mcm suktan brunei boleh la pertimbng. Yg suam2 kaku x perlu approach. Penat ko nak layan nnti basuh spender nya. Sedangkan dia tgh dgn bini lg satu
zulin, intan salleh, intan ladyana, mas idayu, jasmin hamid, ella, tu elok je dpt laki single..sebenarnye ade je…
laki org tu alasan je..
dia ni jenis memilih..ble dh memilih..melepas la…umur makin naik..
laki yg berbini ni mmg gatal..x cukup satu…tu yg aku benggang…
bgus la awk tetapkn pendirian(respect)..tp klau boleh jgn lme sgt single..
cepat2 kawin mcm intan ladyana(ske tgk dia skang ank comel)…umur 40 ke atas dh susah nk dpt ank..boleh mintk kwn2 rekemen or keluarga..itu lg bgus..
all da best sis…
asyik bagi statement kawin je .. bila nak kawin nya ..
Klu ssh i ada tpi duda anak 5
memilih sesangat bnyk tapisan last2 anak2 ikan jua hang ngap! susahx2 cari laki asal negara mak kau lah farah si pendayung gondola ke.. tapi org cantik macam farah nie mesti nak yg handsome (sedap mata memandang) & paling penting berduit.. patut pun! Semoga kau dipertemukan jodoh 2023, Amin!