“Saya Rela Diceraikan Kalau Dia Nak Kahwin Lain” – Ezzaty Abdullah
Pelakon Ezzaty Abdullah menegaskan dia sememangnya menolak secara keras poligami dan lebih rela diceraikan daripada hidup bermadu.
Menerusi satu temubual Pa&Ma, Ezzaty berkata dia bukan seorang yang kuat malah pernah memberitahu suaminya, Azwan Kombos berterus terang jika ada wanita lain.
BACA: Ezzaty Abdullah Selamat Bersalin Anak Kedua
@pama.my Tak semua wanita kuat untuk bermadu. Nak menyondol tu pikir-pikir dulu. #fyp #fyp? #bermadu #bermadu #penyondollakiorang #penyondolrumahtanggaorang
“Saya memang tolak poligami. Kalau cari nama saya, ada artikel tulis Ezzaty rela diceraikan daripada hidup bermadu. Itu memang betul. Artikel itu saya okay sebab saya memang nak.
“Sebab saya nak orang tahu bahawa saya tolak sekeras-kerasnya poligami. Saya minta maaf. Saya tahu diri saya macam mana dan saya tak kuat.
“Saya tak kuat untuk terima. Saya rela diceraikan kalau dia nak kahwin lain. Saya selalu cakap dekat dia, kalau awak ada orang lain bagitahu saya. Saya tak nak kacau, yang penting anak-anak dengan saya,” katanya.
Meluahkan rasa syukur tidak pernah duji lagi dengan gangguan orang ketiga. Malah, Ezzaty turut meminta buat wanita diluar sana supaya turut menjaga hati sesama wanita.
“Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Alhamdulillah, sekarang ni tak ada lagi kes penyondol. Saya terkejut dapat tahu ada group penyondol yang akan sokong geng penyondol di Malaysia.
“Mereka tahu tak maksud penyondol itu apa? Kalau betul suka suami orang, kenapa korang tak berbaik dengan isteri pertama. Kadang-kadang hati seorang perempuan ni boleh lembut.
“Daripada dia tak tahu boleh terima bermadu ke tak. Kalau berbaik dengan dia, mungkin dia terbuka hati. Kita wanita kena jaga hati wanita lain,” katanya.
Untuk rekod, Ezzaty mendirikan rumah tangga dengan Azwan pada 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Haru, Dalia dan Ahmet.
Takde sape nak kat laki KO. Berlakon pun tak laku.
Contohi zarina zainuddin Dan adira.dh share suami.harus tahu part memasing.jgn nk berlawan je dgn madu.
jgn ckp gitu. boleh jatuh kafir psl tolak hukum Allah. kasilah statement cerdik sikit. tak cerdik betul statement tu. aku pun tak rasa aku rela dimadukan tapi tetap tak brani nak ckp aku tolak poligami sekeras kerasnyer.
Dia x mahu berkongsi lato-lato.
Laki KO hensem dan kaya ke sampai KO buat statement mcm laki KO nak kahwin lain.??? Biasa² je laki ko tu.tak hensem pun!