fbpx

“Saya Rasa Seperti Perkahwinan Pertama” – Mas Idayu

Bakal menjalani sesi fotografi pra perkahwinan di Avani Sepang Resort esok, penyanyi, Mas Idayu berkata dia merasakan seperti pernikahan kali pertama kerana tidak pernah melalui sebelum ini pada perkahwinan terdahulu.

Memetik Harian Metro, Mas Idayu berkata dia tidak sangka berpeluang untuk menikmati kehidupan lebih bahagia pada usianya sekarang yang sudah mencecah 50 tahun.

BACA: Majlis Kahwin Mas Idayu, Sufian Dapat Tajaan RM7 Juta

“Sebabnya, saya dapat rasakan yang ini (perkahwinan kedua) seperti saya tidak pernah merasakannya selama 15, 16 tahun yang lalu. Jadi, saya rasa ‘pre-wedding ini dulu-dulu pun tak pernah ada, persandingan dulu pun tak pernah ada.

“Jadi, sekarang ini adalah saya rasa seperti perkahwinan pertama saya yang tak pernah berlaku setelah 15, 16 tahun yang lampau,” katanya.

Semalam, Mas Idayu mengumumkan bakal bernikah dengan lelaki pilihan hati yang juga Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian pada 16 September ini.

Perkahwinan pasangan itu juga turut mendapat tajaan bernilai RM7 juta dan bakal pengantin itu bakal berbulan madu ke Santorini, Greece, selama dua minggu selepas majlis selesai.