“Saya Rasa Norman Bukan Nak Sangat Kahwin Dengan Saya” – Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa perkahwinannya dengan bekas suami iaitu Norman Hakim bukan atas dasar cinta.

Menerusi sesi live di TikTok, Abby mendakwa bekas suaminya ketika itu kecewa dengan orang lain tetapi berkahwin dengan dirinya.

BACA: “Mamanya Nak Tuntut Duit Makan Minum Harian, Tempat Tinggal Dari Mula Cerai 17 Tahun Lalu”

@candytabeaute_official

Pengajaran daripada kisah Abby Abadi… #abby #kisahartismalaysia #kisahviral #marisadania #aslam #abbyabadi #fypage

? original sound – Candyta Beaute Official – Candyta Beaute Official

Menurut Abby, perkahwinan mereka bertahan selama enam hingga tujuh tahun dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

“Saya rasa Norman bukan nak sangat kahwin dengan saya, mungkin dia tidak sengaja. Ketika itu dia frust dengan orang lain tapi tiba-tiba dia kahwin dengan saya,” katanya.

Terdahulu, Abby meluahkan rasa mengenai pemberian nafkah daripada bekas suaminya, Norman Hakim sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.

Dalam pada itu, Abby berkata dari segi duit belanja dan yuran sekolah anak mereka uruskan bersama namun apa yang menjadi persoalan nafkah tempat tinggal dan makan minum sejak mereka bercerai 17 tahun lalu.

×