Tampil memohon maaf secara terbuka susulan tindakannya yang terlepas kata menyentuh mengenai bentuk badan Sherry Al Hadad ketika konsert akhir Big Stage Ahad lalu, Usop kesal di atas ketelanjuran katanya itu.
Mengakui soal ‘body shaming’ bukanlah sesuatu yang baru buat dirinya, Usop mendedahkan dia juga pernah menjadi mangsa dan dihina kerana para supanya. Namun, dia tidak mudah melatah dan sudah biasa menjadi mangsa ‘face shaming’.
BACA: Usop Mohon Maaf Tak Sengaja Body Shaming Sherry Alhadad
“Niat saya hanya bergurau. Nak kata pasal body shaming, saya pernah kena lagi teruk. Saya pun kadang-kadang terasa juga dengan netizen, bila orang mengata saya mereka tak cakap apa pun.
“Ada juga orang pernah kata, saya ni muka macam tukang kebun tapi nak jadi artis. Lepas tu orang kata pula pasal saya punya gigi. Sebenarnya saya bangga dengan keadaan gigi saya. Buat apa saya nak nak ubah ciptaan tuhan.
“Ada yang sampai gelar saya penyanyi pecah rumah. Kadang-kadang saya kena dengan kawan saya pun ada masa di kampung. Kawan yang kita jumpa selalu pun ada mengata pasal saya.
“Tapi saya dah buktikan dekat mereka saya dah masuk program realiti dan ini yang saya telah capai,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berasal dari Kedah itu berkata dia akan lebih berhati-hati dalam percakapannya selepas ini terutama sekali ketika bergurau.
“Mungkin selepas ini saya akan lebih berjaga-jaga. Ini pengajaran juga bagi saya. Dari segi percakapan dan perangai InsyaAllah saya akan ubah,” katanya.