fbpx

“Saya Pakai Niqab Untuk Majlis Tertentu”

Dilihat tidak berniqab apabila menyertai program realiti, The Hardest Singin Show, Zizi Kirana tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai berkenaan penampilannya itu.

Memetik Astro Gempak, Zizi berkata dia sudah bertanyakan kepada beberapa pihak mengenai pemakaian niqab dan dia akan mengenakannya dalam majlis tertentu serta majlis ilmu.

BACA: Zizi Kirana Syukur Tak Pernah Terdetik Buka Tudung

“Saya dah bertanyakan kepada ustazah dan menonton beberapa video kerana kadang-kasang saya juga kekiru. Saya selalu pakai niqab ketika hadir ke majlis-majlis tertentu terutanmanya majlis ilmu suapa lebih fokus,” katanya.

Sementara itu, Zizi menjelaskan ustazah juga turut merbitahu tidak mengapa jika ada masanya memakai niqab kerana apa yang penting menutup aurat yang wajib.

“Saya tanya tak apakah kalau saya pakai sekejap, ustazah kata tak mengapa sebab yang wajib tutup aurat kita, kecuali muka dan tapak tangan,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak