“Saya Nak Minta Hutang Je, Hutang Itu Untuk Anak Saya” – Hidayah

Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah berharap adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh melangsaikan hutang yang masih tertunggak.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Hidayah berkata dia hanya mahu Ali menyelesaikan hutang dimana ianya adalah untuk anaknya serta itdak mahu bermusuhan.

BACA: “Saya Cuba Bayar Tapi Ditolak Sebab Dia Nak Bayaran Secara Tunai” – Ali Puteh

@melodiberapi

“Saya mohon bayar hutang bukan untuk saya tapi untuk Hamzah” – Hidayah, balu arwah Abam Bocey. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fyp??viral #tv3 #aliputeh #hidayahabam

? original sound – Melodi – Melodi tv3

“Harapan saya cuma dia selesaikan apa yang perlu dia lunaskan dan kita akan buat haluan masing-masing.  Perkara ini sudah berlarutan dan pihak Hidayah tak nak bermusu-musuh sebab Hamzah pun anak suadara dia.

“Saya nak minta hutang je, hutang itu untuk anak saya, bukan untuk saya. Saya tak tamak pun harta sebab saya pun ada harta sendiri sebab saya buat bisnes saya sendiri. Saya harap benda ni selesai dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Hidayah berkata dia mahukan mereka sekeluarga baik-baik sahaja serta mendoakan perniagaan adik iparnya itu berjaya dan dapat selesaikan hutang tersebut.

“Saya nak yang terbaik, saya pun tak nak perkara ini terjadi. Kalau arwah suami ada lagi mungkin dia akan sedih kerana anak masih kecil lagi.

“Kalau boleh biarlah berbaik sesama keluarga. Kepada adik ipar Syed Ali, saya doakan perniagaan dia berjaya, bila dah berjaya bayar je hutang saya sebab saya tak nak berpanjangan,” katanya.

×