Selepas dua minggu mendiamkan diri, suami kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim iaitu Aslam berjaya dijejaki namun enggan mengulas mengenai isu bernikah itu.
Menerusi temu bual Melodi, Aslam turut meminta pihak media memberikan ruang kepada mereka untuk menyelesaikan perkara itu.
BACA: Aslam & Misya Makan Semeja, Netizen Persoal Kenapa Kena Ada Yang Ketiga
@melodiberapi Ini jawapan suami Marissa!! #meloditv3 #aslam #mariisa #ceritaartismalaysia #fyp??viral?tiktok #wedding #marissadaniahakim #fyp??viral
“Saya minta mana-mana pihak media untuk beri ruang kepada kami,” katanya ringkas.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai dakwaan sudah bernikah dengan anak kepada pasanagan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim, Aslam enggan mengulas.
“Saya tiada komen (sudah berkahwin dengan Marissa),” katanya.
Dalam pada itu, isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ditemui juga enggan memberikan sebarang kenyataan.
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila Masrissa didakwa berkahwin senyap-senyap di Songkhla, Thailand dengan lelaki berstatus suami orang bernama Aslam.
Malah, kakak ipar Aslam iaitu Nadiah Mazlan turut mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu.