Penyanyi Liza Hanim mendedahkan dia pernah merasakan sudah tiba masanya untuk dia berhenti menyanyi namun masih ada mereka diluar sana yang masih percaya dengan bakatnya.
Memetik Oh Bulan, Liza berkata masih ada peminat yang memberikan sokongan kepadanya dan itu yang membuatkan dia terus menyanyi.
BACA: Liza Hanim Bersuara Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang
“Ada momen dalam kerjaya seni saya, merasakan seperti sudah tiba masanya untuk berhenti menjadi penyanyi, tapi ada segelintir kumpulan yang masih percaya dengan bakat seni saya dan mahukan untuk saya terus menyanyi.
“Pasukan saya termasuk media yang masih percaya dengan saya itu yang membuatkan saya teruskan kerjaya penyanyi ini,” katanya.
Sementara itu, Liza berkata perasaan tersebut berulang kembali dan dia mengalami waktu sukar dalam program All Stars Gegar Vaganza namun dia bangkit untuk melakukan yang terbaik.
“Beberapa minggu lalu ketika saya mengalami waktu yang agak mencabar dalam program ini, perasaan itu (berhenti menyanyi) datang semula, tetapi saya perlu perasaan itu dan buat yang terbaik di final ASGV,” katanya.
Dalam pada itu, Liza berkata dia mahu berkongsikan momen susah senang dan jatuh bangun dalam konsert sulungnya yang bakal diadakan pada tahun hadapan.
“Sebab itu juga, saya ingin sangat kongsi jatuh bangun saya dalam konsert sulung saya pada tahun hadapan. Itu lah kemuncaknya yang mungkin penyanyi lain 10 tahun sudah buat konsert, sedangkan saya tiada peluang itu.
“Kadang-kadang yang buatkan peluang ada atau tak disebabkan saya fikir adakah aku layak untuk buat konsert? Sokongan bercampur baur, ada yang sokong ada yang tidak,” katanya.