fbpx

“Saya Mengaku Salah, Iman Saya Masih Turun Naik”

Menyedari kritikan netizen selepas tampil berturban sehingga menampakkan rambut di hadapan, Syifa Melvin menghargai teguran peminat dan mengakui kesilapannya yang terlalu mengikut nafsu untuk berfesyen.

BACA: Syifa Melvin Dikecam Netizen Pakai Turban Nampak Rambut

“Saya mengaku salah dan minta maaf kerana berpakaian mengikut nafsu sebab nak bergaya. Tapi tidaklah sampai menunjukkan separuh rambut, saya faham ia tetap salah malah saya tidak menyalahkan netizen yang kritik”

Dalam masa yang sama, Syifa mengakui dirinya masih dalam proses pembelajaran biarpun sudah lima tahun berhijab. Malah jelasnya, ada ketika imannya juga masih turun naik dalam istiqamah untuk berhijab.

“Apa yang kita buat kenalah telan sendiri sebab kita yang pilih untuk lakukan perkara itu. Saya pun baru lima tahun berhijab dan mengakui iman masih turun naik. Tapi tidaklah sampai saya ingin buka tudung,” katanya.

Bagaimanapun Syifa memohon agar netizen tidak terlalu mencaci apabila mendapati seseorang itu melakukan kesilapan seperti mana dirinya yang dituduh bakal mmebuka tudung gara-gara penampilannya itu. (rtky/w)