“Saya Menang Kerana Kerja Keras Bukan Kontroversi”

Merangkul empat trofi di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, sekaligus bergelar Bintang Paling Popular, Mira Filzah tidak menganggap kemenangannya semalam kerana kontroversi tetapi kerja keras olehnya.

BACA: Mira Filzah Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 32

Menurut Mira, beliau percaya peminat bersikap rasional dan melihat hasil kerjanya berbanding kontroversi yang melanda dirinya ketika membuat undian sebanyak 6 juta hingga meraih kemenangan besar semalam.

“Mira tidak rasa kontroversi menjadi faktor utama kemenangan pada malam ini. Kalau ada pun kontroversi, produk yang Mira berikan lebih menyerlah dan mengaburi cerita sensasi yang ada”

Manakala ditanya pula mengenai ‘harganya’ yang mungkin menjadi semakin mahal selepas ini, Mira menyangkal sama sekali. Jelasnya harga bukanlah segala-galanya tetapi lebih kepada kualiti kerjanya.

“Kebetulan ketika proses undian, drama Sweet Dreams disiarkan, jadi ia memberi impak terhadap populariti Mira. Bagi Mira, kualiti perlu sering dengan populariti. Harga bukan segala-galanya. Mira masih sama,” jelasnya.

Sebelum ini beberapa kontroversi turut menghimpit Mira apabila penampilannya dikritik kerana terlalu ketat serta memakai hijab yang semakin pendek berbanding dulu serta gosip cinta diantara Remy Ishak dan Zizan Rzak. (rtky/w)

×