Pelakon Fattah Amin berkata dia ada menyimpan satu rahsia membabitkan bekas isterinya, Nur Fazura namun memilih tidak membuka mulut mngenai perkara itu kerana sudah bersetuju untuk menjaga aib masing-masing.
Memetik Utusan Online, Fattah berkata dia menghormati perjanjian yang telah dipersetujui di mahkamah.
BACA: “Fattah Curang, Abai Nafkah & Buat Hidup Sengsara”
“Saya pun ada tahu satu benda fasal dia tetapi kami dah bersetuju untuk tidak mahu buka aib masing-masing.
“Saya pun dah bersetuju tidak memfailkan nusyuz (langgar perintah), jadi jangan buat perkara begini (buka aib),” katanya.
Sementara itu, Fattah berkata segala cerita yang didedahkan hanya akan memberi kesan buruk terutama kepada anak tunggal mereka, Nur Fatima Aisya apabila sudah pandai membaca kelak.
“Memalukan kita semua terutamanya anak saya nanti dia besar tengok mummy dan daddy dia bergaduh, saya tak nak dan kasihankan dia,”katanya.
Selepas sah bercerai, Fazura mendedahkan dia memfailkan cerai terhadap suaminya kerana aktor itu mengabaikan nafkah terhadap keluarga serta berlaku curang.
SUMBER: Utusan Online