“Saya Masih Dalam Proses Selesaikan Masalah Rumah Tangga”
Pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof memberitahu dia kini dalam proses menyelesaikan rumah tangga bersama isteri, Puteri Sarah.
Memetik Astro Gempak, Syamsul berkata dia ada sebab mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak.
BACA: “Saya Tak Bertunang, Asyik Cerita Hal Dalam Kain Je…”
“Inilah kehidupan, saya pun pernah berumur belas tahun. Saya pun dah umur berapa sekarang. I am aware of that. Saya bukan lari, cuma ambil tindakan berdiam diri.
“Itu yang terbaik, iyalah kerana pihak sana dah keluarkan. Saya tidak mahu bila saya cakap nanti akan menyinggung perasaan isteri atau mana-mana pihak,” katanya.
Syamsul turut meluahkan mengenai netizen yang seolah tidak sabar menantikan episod rumah tangganya bersama isteri.
“Tapi itulah kadang-kadang orang sekarang ini, netizen menganggap, minta maaf saya cakap. Tanpa kita sedar menganggap the real life now is fot them to watch dan macam makan popcorn. What’s next? Apa episod minggu depan?
“Tapi ini kehidupan sebenar, ini adalah pilihan saya tau siapa sahaja artis yang diberi pilihan untk tidak memberikan komen,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul berkata apabila sampai masanya nanti dia akan memberitahu kepada umum dan tidak akan berdiam sahaja.
“Sudah tentu akan sampai masanya saya akan beritahu. Takkanlah saya nak diamkan diri sampai ke sudah? Saya tidak begitu. Saya masih dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangga. Jadi, itulah dia,” katanya.
- SUMBER
- Astro Gempak
Get rid of 3rd person..fokus kat bini n anak
Settle masalah
Unless…ada hal di blkg yg mmbuatkan masalah klu get rid of that person.
Klu kawen lg 1, confirm masalah berlipat kali ganda
Menyesal dah tentu
Fashion style apa dia pakai, cam pakcik2 la…apa2 dah naik boring
Baguslah sol. Pikir betul2.buat mcm perumpamaan. Tarik rambut dlm tepung. Rambut tk putus. Tepung tk selerak
PROSESSS?? banaaaa nko?? 4 taun kot.. Nko mnggatal!! Haramm ayat nko nie
Teori aku la .. sol tgh pujuk sarah terima ik utk dpt payung. Bnde mcm ni je yg amik masa.
Jika nak putus, kjp je.
Sebagai lelaki ko pndai2 la mat. Ni umah tngga ko. Dan it takes two to tango. Setiap lngkah yg kita buat ada consequence nya.
Maka kawan2, kita amik teladan. Jgn tau mngecam saja. Aku doakan mereka semua mmpu selesaikan hal ini dgn baik.