fbpx

“Saya Maafkan Mawar, Mungkin Dia Terlalu Emosi…”

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai pelakon Fizo Omar dan bekas isterinya, Mawar Karim selepas usahawan itu memuat naik gambar anaknya keseorangan di taman tema baru-baru ini.

Susulan perkongsian tersebut, Mawar dikecam teruk oleh netizen berikutan sekeping foto yang diterimanya daripada individu yang dirahsiakan identitinya.

BACA: “Tak Logik Kalau Saya Tinggalkan Anak Seorang Diri” – Fizo Omar

Memetik portal OhBulan, Fizo berkata dia mengakui simpati dengan nasib bekas isterinya yang teruk dikecam netizen serta sudah memaafkan tindakan Mawar.

“Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikecam netizen. Saya sebenarnya tidak dikecam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.

“Ramai netizen yang ‘bantai’ Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya hormati. Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu beremosi atau mungkin ada salah faham,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo turut meminta netizen supaya berhenti mengecam bekas isterinya kerana walau apa pun terjadi Mawar tetap ibu kepada anak mereka.

“Saya harap netizen jangan buat andaian dan persepsi. Janganlah menghukum dan mengecam dia. Kita bersangka baik dengan semua perkara. Macam mana pun, dia tetap emak kepada anak saya,” katanya.

Terdahulu, Mawar ada memuat naik video Maryam ada menyebut perkataan ‘trouble’ dan ‘sad’ ketika ditanya selepas pulang bercuti dengan bapanya.