Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menyifatkan dakwaan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sebagai tuduhan berat.
Memetik BH Online, Naim berkata buat masa ini dia tidak bercadang untuk mengulas mengenai perkara itu dan komited untuk membersihkan namanya.
BACA: Kes Amang S*ksual: Naim Daniel Berdepan Penjara 20 Tahun, Sebatan
“Saya baru sahaja didakwa untuk satu tuduhan berat dan saya faham semua ada persoalan, banyak tanda tanya dan mengejutkan setengah pihak juga.
“Buat masa sekarang, saya belum bercadang mengulas panjang mengenai perkara ini kerana masih dari peringkat awal. Saya juga tidak ingin ada sebarang campur aduk yang mungkin boleh mengganggu perbicaraan nanti.
“Saya serahkan semua kepada sistem keadilan dan saya komited memberi kerjasama penuh untuk membersihkan nama. Saya harap dapat doa daripada semua orang. Saya mahu fokus pada ‘well being’ saya sahaja,” katanya.
Sebentar tadi, Naim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amamg seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan. Naim didakwa melakukan kesalahan pada 19 Mei lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Mahkamah membenarkan Naim diikat jamin RM12,000 dengan syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan ke mahkamah.
SUMBER: Malaysia Gazette, BH Online