“Saya Janda, Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Duit, Saya Pergi Sedut Lemak”
Baru-baru ini perkongsian pelakon sensasi Zarina Anjoulie menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan dia melakukan rawatan sedut lemak (Liposuction) di sebuah klinik estetik swasta.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen sehingga ada yang mendakwa rawatan sedut lemak yang dilakukan itu adalah haram bagi seorang Muslim.
BACA: Zarina Anjoulie Sound Balik Netizen Tegur Haram Buat Sedut Lemak
Tidak hanya berdiam diri, Zarina atau lebih mesra disapa Anju dilihat membalas kritikan segelintir kaum lelaki dengan mengatakan menonton video lucah sambil beronani juga haram dan berdosa.
Dalam pada itu, Anju berkata dia tidak terikat dengan mana-mana kontrak produk kurus serta menafikan dakwaan bahawa dia menipu dalam proses penurunan berat badan.
“Sedut lemak bukan sedut sampai 10 kilogram (kg) satu bahagian dan selepas susut berat badan kena ‘maintain’ saya masih guna suplemen.
“Kontrak saya bersama satu produk kurus sudah tamat pada minggu lepas, jadi suka hati sayalah nak sedut apa. Kalau saya menipu pengikut, baik saya diam tak buat hantaran apa-apa (di media sosial),” katanya.
Anju berkata lagi, dia mengakui sukar untuk menurunkan berat badan selepas bersalin da tiada masalah untuk berbelanja untuk melakukan rawatan tersebut.
“Sebab perut buncit lepas beranak, susah nak hilang walaupun joging dan bersenam, saya pergi sedut lemak. Saya janda, bosan duduk rumah seorang tak tahu nak buat apa dengan duit, jadi saya pergilah (buat prosedur),” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Beginilah suasana masyarakat melayu kita, suka sangat komen psl org. Diri sendiri dah banyak pahala ke. Sepatutnya klu nk komen pun patut pstutla. Jgn sampai org makan hati. Apa salahnya klu kita tegur dgn baik, penuh dgn hikmah supaya yg ditegur ble terima dan yg menegur dpt faedah…maafkn saya.
Sy pun janda, tak tahu nak buat apa dengan duit yg banyak sy gi beli emas.
Saya pun janda, duit banyak tapi saya simpan untuk masa depan anak-anak.