fbpx

“Saya Ikut Mana Yang Terbaik Untuk Suami”

Menyokong penuh keputusan keluarga Datuk Farid Kamil untuk membawa suaminya berubat, Datin Diana Danielle mahu yang yang terbaik buat suami. Bagaimanapun Diana enggan terlalu bercerita mengenai Farid yang dibebaskan semalam kerana mahu menyelesaikannya secara peribadi.

BACA: Keluarga Bawa Farid Kamil Balik Kampung

“Terima kasih atas sokongan semua. Apa yang jadi ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa. Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi. Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar”

Berikutan kejadian yang mengaitkan Farid beberapa hari lalu, ramai mendakwa ianya memberi kesan terhadap karier yang melibatkan mereka sekeluarga. Namun Diana menafikannya dan menjelaskan perjalanan karier mereka berjalan seperti biasa kerana sudah terikat dengan kontrak.

“Saya sudah terikat dengan kontrak, jadi perlu memberikan sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga. Kerja akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya kepada Harian Metro mengenai insiden menimpa Farid.

Farid yang dibebaskan dari tahanan reman selama lima hari lalu, dibebaskan dengan ikat jamin oleh adiknya, Fadzil Zahari berjumlah RM12,000. Farid mengaku tidak bersalah dan perbicaraan bakal diadakan pada 5 Mac nanti. (rtky/w)