“Saya Hilang Cinta Allah, Sebab itu Hidup Saya Tak Sempurna”

Pelakon Nora Danish berkongsikan detik dimana dia menyedari bahawa dia hilang cinta daripada Allah ketika dia tertanya-tanya mengenai hidupnya pada satu ketika.

Menerusi satu podcast, Nora berkata pada saat itu dia memilih untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan dia nampak kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya.

BACA: Takut Azab Neraka al-Hutamah, Nora Danish Jual Semua Kasut Tinggi

“Saya tertanya-tanya, kenapa hidup saya begini? Jadi dari situlah saya kaji..saya hilang cinta Allah sebenarnya, tak ada benda itu dalam hidup saya. Sebab itu hidup saya tak sempurna.

“Apabila saya beransur-ansur mendekatkan diri dengan Al-Quran dan sebagainya, di situ saya nampak betapa besarnya cinta Allah pada saya.

“Allah tidak pernah meninggalkan saya walaupun saya lupa padaNya, diberi sahaja apa yang saya mahukan. Sekarang ini pun, Dia jentik saya dalam keadaan yang baik, bukannya saya kehilangan benda-benda yang besar untuk saya berubah,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata dia kini mahu menimba ilmu agama dan apa yang dilakukannya ini kerana Allah serta mengharap cinta daripada Yang Maha Esa.

“Saya dalam proses untuk mendalami lagi rasa cinta kepada Allah supaya saya tidak berharap bahagia pada orang, supaya saya boleh hidup tenang, buat sesuatu dengan ikhlas dan tidak memerlukan balasan daripada orang.

“Sebab saya buat semua kerana Allah, memang mengharapkan cinta Allah semata-mata. Jadi insyaAllah, dari situ Allah akan menemukan saya dengan cinta di dunia yang akan membawa saya ke syurga,” katanya.

×