fbpx

“Saya Hanya Boleh Doa Dari Jauh, Dia Tetap Ibu Saya”

Penyanyi Shila Amzah berkata dia akan bertemu dengan ibunya, Fauziah Sarman untuk menyelesaikan salah faham antara mereka namun menunggu masa yang sesuai.

Memetik Kosmo, Shila berkata dia juga tidak mahu memaksa dan memerlukan masa. Katanya lagi, dia hanya mampu berdoa dari jauh agar segalanya dapat diselesaikan.

BACA: Syahir Masih Sebumbung Dengan Keluarga, Shila Amzah Tunggu Masa Sesuai Jumpa Ibu

“Saya ambil keputusan berdiam diri dulu dan biarkan hal ini reda serta dapat diselesaikan secara semula jadi  tanpa gesaan sebab setiap benda pun memerlukan masa.

“Macam saya cakap tadi, kita tak mahu memaksa, tetapi buat masa sekarang saya dan Syahir cuma boleh berdoa dari jauh agar semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Sudah tentu saya akan jumpa emak, sebab itu tetap ibu kita, cuma waktunya bukan sekarang, biar masa dan jodoh menentukan,” katanya.

Susulan pelbagai dilemparkan oleh adiknya, Amir Syafiq, Shila berkata dia tidak mahu membalas dakwaan tersebut serta mengatakan kebenaran belum didedahkan sepenuhnya lagi.

“Saya tak boleh cakap lebih-lebih kerana pada akhirnya isu ini membabitkan hal keluarga, tambahan pula saya pun bukan jenis yang suka cakap-cakap.

“Kebenaran belum keluar lagi sepenuhnya. Apa yang dikongsikan sebelum ini hanya sikit tapi bukanlah saya berhasrat nak dedahkan, kita kena simpan sendiri hal ini,” katanya.