Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsikan pengalaman tinggal di luar negara satu masa dahulu.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Fazley berkata dia berasa malu apabila ada golongan selebriti yang mengeluarkan kenyataan berkenaan perayaan masyarakat lain.

BACA: Fazley Cedera Main Badminton, DSV Sanggup Balik Awal Dari China 

“Bila ramai cakap artis dan selebriti tak berapa nak cerdik, memang ramai yang tak happy. Tapi, bila ada golongan kami yang ada nama tapi buat ‘posting’ macam duduk dalam negara yang ada dua manusia sahaja, saya pun malu baca,” katanya.

Sementara itu, Fazley berkata dia dapat melihat kehidupan masyarakat lain dengan pengalaman membesar di luar negara.

“Saya dulu membesar di Los Angeles, Amerika Syarikat turut serta bersama jiran-jiran ketuk pintu meminta gula-gula sambil memakai baju Batman.

“Duduk di atas paha pakcik berbangsa Afrika-Amerika sebab dia nak bagi hadiah Krismas, dekat sekolah main aktiviti cari coklat,” katanya. 

Terdahulu, pelakon Zahirah MacWilson memuat naik video permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya mengenai sambutan Krismas, Easter dan Halloween.

×