fbpx

Pelawak Along Cham mengakui ada menerima perkhabaran menenai kehamilan isterinya, Afreena Suhaimi ketika dalam tahanan Penjara Sungai Buloh.

Memetik Oh Bulan, bagaimanapun Along berkata dia hanya mengetahui mengenai kuguguran isterinya selepas dibebaskan dari penjara semalam.

BACA: “Berdosa Saya Cakap Buruk Tentang Along, Dia Masih Suami” – Afreena

“Saya dapat tahu perkara itu (isteri hamil) ketika berada dalam (penjara). Dia beritahu saya, tapi benda ini (soal kandungan) saya serah kepada Allah.

“Saya doa dengan Allah, kalau kandungan itu milik saya, Engkau kekalkan. Namun, jika sebaliknya Engkau keluarkan.

“Tapi, apabila dia (Afreena) kata dah keguguran, saya pun tidak tahu. Cuma, dia memang ada beritahu saya (berkenaan hamil),” katanya.

Pagi tadi, Along hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya proses memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap Afreena.

Untuk rekod, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April tahun lalu.

SUMBER: Oh Bulan