“Saya Diberikan Kekuatan Oleh Allah Untuk Pakai Purdah Lebih Awal”
Tiada siapa menyang selebriti popular Noor Neelofa akan berhijrah serta mengenakan niqab apatah lagi ketika kerjanya dalam dunia hiburan dan fesyen sedang berada di puncak.
Memetik portal Getaran, menerusi wawancara menerusi program Wanita Hari Ini, Neelofa berkata setiap daripada kita sudah pasti mempunyai hasrat untuk berubah ke arah lebih baik.
BACA: Kalis Kecaman, Neelofa Elak Baca Perkara Negatif
“Hari-hari suara kecil kita mesti kena ada untuk menjadi orang yang banyak bersedekah, banyak harta diberikan kepada jalan Allah, jadi orang yang lebih banyak berzikir dan mampu bangun malam untuk bersolat.
“Saya sendiri pun kena ada suara-suara ke arah itu dan secara tidak langsung, badan kita akan bertindak ke arah itu.
“Kalau tiada suara-suara itu, kita perlu risau. Sebab orang seperti ini kita akan jadi manusia yang akan kata, nanti dululah, berseronok dululah atau masih muda lagilah,” katanya.
Menurut isteri kepada PU Riz itu, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memakai purdah dan mengakui ia bukan perkara mudah apatah lagi dia perlu berusaha dan sentiasa istiqamah.
“Tapi, saya diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk memakainya dengan lebih awal dan saya akui ia bukan sesuatu yang mudah.
“Saya bukanlah budak Madrasah, bukan budak yang belajar dalam aliran bahasa Arab, bukan juga seorang hafizah.
“Saya ini datang daripada dunia seni. Seorang pengacara, pelakon yang terlibat dalam dunia fesyen. Memang kena mujahadah (berjuang dan bersungguh-sungguh), kena susah payah kena usaha dan istiqamah dalam usaha agama ini,” katanya.
Terdahulu, Neelofa merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bersama keluarganya pada awal atau pertengahan tahun hadapan. Ujarnya lagi, dia mahu menyambung pengajian berkaitan hadis dan al-Quran serta menguasai bahasa Arab.
- SUMBER
- getaran
Pakai purdah awal tp tutup aurat yg wajib tu lambatttttttt dari berjuta orang yg dah pakai sejak dr akil baligh.
So, usahla dikaji2 lambat atau awalnya kita. Sbb kita actually x sengaja compare dgn org dan menuju ke arah riak.
Just do it, and focus. After all, klu umur pjg, bykkkkkkk lg ujian2 yg mendtg sebelum mati.
By the way, lawa mekap bahagian mata tu. Dulu2 cikgu aku yg berpurdah memanjang pki hitam, sentiasa cuba mengelak dr memberi imej menarik, apatah lg mekap bahagian mata. Well, dats the point of wearing purdah. But then, its those days..
Perangai still macam setan . .
Purdah or not, its not an obligation…perangai, tingkah laku dan adab, akhlak tu lagi penting….u dalam dunia seni, so hargai peminat you…jgn sombong…jgan rasa diri tu mcm dah perfect sgt…be humble..sekian
dgr inai kuku neelofa mahal dbanding jenama lain….purdah x purdah perangai ttp sma perangai..cuma dari penampilan nmpk positif
fake
Eeeekkkeelleehhh bkn laki nko sruh ke??? Tk kerana gian nk kawin, apa yg kekasih ckp pollow!! Pundeekk laa
This betina fake giler.diamlah lopak just keep it to yourself.taksuber ko je yg nk dgr apa ko ckp
biasa org pakai purdah ni tudung die eluk labuh tepi depan blkg.. yg hajah ni terselak2 aku tgk tudung die haiyoo..
Lol.. bukan sbb puriz ke?? Snlm tu mcm2 pesen pakai.. lol.. the audacity
Bangga pakai purdah…tp perangai x selari ngn pakaian…penunggang hipoktit..