fbpx

Penyanyi Khai Bahar mendedahkan pernah berdepan serangan ‘anxiety’ serta masalah kembimbangan sehingga mendengar bisikan untuk mencederakan diri sendiri pada awal tahun 2019.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Khai berkata disebabkan bimbang dengan masalah tersebut dia mengajak abangnya untuk tinggal bersama.

BACA: Tak Beli Undi, Khai Bahar Menang Atas Kasih Sayang Peminat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Saya pernah kena anxiety masa 2019, lepas pada kena tu, saya rasa sunyi dekat rumah, tak tahu nak buat apa. Saya ajak abang saya duduk sekali, dia baru ada anak seorang dan isteri tengah hamil anak kedua.

“Macam-macam benda saya fikir masa itu, saya kena sebelum PKP, awal 2019. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi murung dan overthinking,” katanya.

Menurut Khai lagi, dia mendedahkan setiap kali tidur dia pernah mendengar bisikan memintanya untuk terjun balkoni serta menikam diri sendiri dengan pisau.

“Setahun lebih saya struggle dengan anxiety, nak tidur tak boleh, rasa sesak nafas. Bila nak tidur, ada dengar macam orang bisik-bisik, ‘apa kena dengan aku ni? dan suruh terjun balkoni la.

“Saya sampai simpan pisau dalam almari, sebab kalau saya nampak pisau itu, saya terbayang saya ambil pisau rodok diri sendiri,” katanya.