fbpx

“Saya Dengan Ikhlas Hati Mohon Maaf Kepada Bella Astillah…”

Sebentar tadi, pelakon kontroversi Ruhainies dilihat memuat naik kenyataan di Insta Story tampil membuat permohonan maaf terhadap Bella Astillah secara terbuka.

Menerusi perkongsian itu juga, dia memohon maaf dengan ikhlas hati serta berharap dapat bertemu dengan Bella untuk menjernihkan keadaan agar semua perkara dapat diselesaikan.

BACA: Sarah Dedah Mesej Aliff & Ruhainies, Nama Emma & Chacha Kena Petik?

“Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada Bella Astillah diatas apa yang berlaku. Saya mahu bertemu dengan Bella untuk menjernihkan keadaan agar dapat menutup perkara ini serta meneruskan kehidupan dan gembira kembali,” tulisnya.

Menerusi hantaran lain, Ruhainies turut memohon maaf kepada sema pihak yang terlibat serta terkesan dengan kontroversi membabitkan dirinya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia turut berharap kekasih kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine untuk turut bertemu bagi menyelesaikan semua perkara.

“Saya harap Bella Astillah dan Sarah Yasmine memberi peluang untuk saya bertemu dengan mereka. Sekali lagi dengan rasa rendah diri saya mohon maaf di atas semua yang terjadi,” tulisnya.