Ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman terkejut apabila mendapat tahu lagu terbaru anaknya diinspirasikan kisah rumah tangga dengan bekas suaminya, Datuk ND Lala.

Memetik mStar Online, Fauziah berkata dia tidak menyangka lagu tersebut berkaitan kisah peribadi dilaluinya dan pertama kali mendengar lagu berkenaan ketika mereka berada dalam kereta.

BACA: Bekas Isteri ND Lala Digelar Musibat, Dituduh Gila Publisiti

Menurut Fauziah lagi, dia tidak sedih mengengar lagu berkenaan dan sudah memaafkan bekas suaminya serta menganggap apa yang berlaku adalah perkara lalu.

“Saya dah move on dan tidak fikirkan perkara itu lagi. Saya dah maafkan bekas suami. Lagipun bulan  Ogos ini genap dua tahun kami berpisah.

“Kalau dai buat lagu itu selepas enam bulan saya berpisah mungkin saya akan sedih tapi sekarang dah tiada rasa,” katanya.

Sementara itu, Fauziah berkata hidupnya kini lebih tenang dan bahagia kerana ketika bergelar isteri dia tidak dibenarkan bergaul dengan orang luar.

“Bekas suami sentiasa suruh dengar cakap dia. Masa itu saya cuma ada anaka-anak sebagai teman sehingga kawan anak sendiri jadi rakan saya. Malangnya kawan anak pula yang ambil suami kita.

“Saya memang tidak dibenarkan berkawan, bekas suami saya memang sangat cemburu, dia tak bagi saya ke mana-mana. Saya memang fokus keluarga sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah berkata hampir enam bulan dia mengambil masa untuk pulihkan semangat dan bangkit demi anak-anak. 

Fauziah dan ND Lala dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir, dan Nur Syuhada. Pasangan itu bercerai pada 2 Ogos 2023 melalui rakan suara di WhatsApp.

Sumber: mStar Online

×