“Saya Cuma Nak Hargai Diri Sendiri, Pakai Apa yang Saya Nak”
Sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon Emma Maembong sering menjadi perhatian ramai apabila dikatakan tampil seksi selepas bergelar ibu.
Memetik Harian Metro, Emma bagaimanapun berkata dia memilih untuk memakai apa yang selesa untuk dipakai. Ujarnya lagi, suatu hari nanti pasti dia akan berhijab juga.
BACA: Pakai Singlet Ketat, Emma Maembong Dikecam Semakin Seksi
“Sebenarnya, saya pakai apa yang saya selesa. Kalau ikutkan, dari zaman remaja saya pakai begitu. Saya tak mahu bila sudah kahwin saja, terus berubah seratus-peratus.
“Saya pakai jeans dikatakan tak sesuai dan kelihatan seperti budak-budak. Seperti yang saya pakai kain itu, saya pun kat pulau tapi netizen tak sedap hati. Mereka tak senang tengok, tapi tak apa.
“Saya pun wanita dan suatu hari nanti, memang pasti akan berhijab juga. Cuma untuk saya, perlahan-lahan berubah ke arah itu. Tapi janganlah kaitkan kerana saya sudah ada anak, saya tak boleh itu, tak boleh ini,” katanya.
Dalam pada itu, Emma berkata ia hanya mahu menghargai hidupnya namun dia sentiasa mendengar doa-doa yang positif daripada peminat buat dirinya.
“Zaman saya nak bergaduh, berperang dengan netizen sudah tamat. Saya sudah capai sasaran hidup seperti yang saya impikan.
“Saya cuma nak hargai diri sendiri, pakai apa yang saya nak. Tak adalah sampai saya pakai bikini cuma kadang-kadang nampak betis, mereka sedihlah.
“Saya sentiasa positif dan mereka juga mendoakan yang terbaik untuk saya. Kalau suatu hari nanti saya berhijab balik, saya berhijab,” katanya.
Sementara itu, Emma mengakui ketika muda dulu dia seorang yang lantang namun kini baginya tiada keperluan untuk memuaskan hati netizen.
“Walaupun cuba buat yang terbaik, orang kecam, buat silap pun, orang lagi akan kecam. Memang takkan dapat puaskan hati netizen.
“Buat apa saya nak puaskan hati netizen, asalkan saya tahu apa saya buat, keluarga saya okey. Saya memang seratus-peratus fokus dekat anak saja,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Kenapa dia tak cakap pasal suami ye…dan ayat terakhir tu, “saya seratus peratus fokus dekat anak saja” mmg sesuatu sangat.
Minah ni aku perasan lepas kahwin dia try hard mcm nak tunjuk yg dia ni hot mommy/wife. Konon walaupun aku dah kahwin and jd mak org, aku tetap laku/cantik/hot and ramai nak aku lagi walaupun laki aku buat hal. Gittewww
hargailah Tuhanmu yg memberi kesihatan, kekayaan, kecantikan, kesenangan dan zuriat padamu wahai hambaNya, sebelum kamu dihijabkan dgn kain kafan, nauzubillahminzalik.
Lain macam buas ek anak si Timah. Mengokak org jer. Pastu komen2 pun “”owe cutee, oww comel, owww biasa budak kecik gitu”
Tak dipenangan kan pipi budak tu. Cute apa menggigit cam binatang pulak. cederakan org.
Abih time nko brjilbab haritu TAK DISAYANGI ke camner?? Ke boipren pkse pkai???
sekolah tak nak, pastu bodoh..
Biarlah dia bodoh, yang penting dia kaya and lawa daripada ko… huahuahua…
Nanti dah mati baru le kluo citer2 betapa warak dan alimnya retis2 ni..
Minah tudung labuh memang baggang ..semua org nak diaorg jadi kan mcm mereka ..
Go one Emma live your life !
Kalau dah mati keluar berita yg baik2 maknanye Allah nak tunjukkan mmg orgnye baik semasa hayatnye, kalau berita buruk maka buruklah perangai dia..jgn dengki ubah diri jadi baik