Pelakon Aprena Manrose akhirnya menjawab teka teki mengenai status rumah tangganya apabila mengesahkah sudah bercerai dengan bekas suami, Mohd Afiq Hazman.
Menerusi perkongsian di Instagram petang tadi, Aprena berkata dia sudah berusaha untuk bertahan namun rumah tangga yang dibina selama sembilan tahun sudah berakhir.
BACA: Kongsi Gambar Raya Seorang Diri, Aprena Manrose Merajuk Dengan Suami
View this post on Instagram
“Sedih pula bila scroll gambar bersama tetapi hakikatnya kita tidak lagi bersama. Yes, I am no longer Afiq’s wife. Kalau ada jodoh tak kemana.
“Goodbye for now or maybe forever. Saya cuba, bertahan, usaha tapi saya gagal. Tiada lagi kita. Terima kasih atas RASA yang diberi. rasa yang luar biasa. Semoga berbahagia. Saya undur diri dulu,” katanya.
Bagaimanapun, Aprena tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai punca dan tarikh sebenar perceraiannya dengan bekas suami serta meminta mendoakan agar dia dapat lalui fasa tersebut dengan tenang.
“Banyak media yang call dan bertanyakan tentang my status. So here it is the statement. Doakan saya mengharungi fasa yang baru ini dengan tenang ya,” tulisnya.