“Saya Bukan Untuk Dia, Dia Bukan Untuk Saya”

Sebelum ini, satu Malaysia mengetahui bahawa Fazura pernah mengakui bahawa dia bercinta dengan Shaheizy Sam namun perkara itu dinafikan oleh pelakon lelaki tersebut. Sentiasa positif, Fazura menjelaskan dia berokngsi kegembiraan apa Sam mengumumkan akan berkahwin dengen Syatilla Melvin Februari nanti.

BACA: Isu KimK: Fazura Tiada Masa Fikir Hal Remeh Temeh

“Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu. Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka. Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya”

“Saya gembira untuknya,” jelasnya kepada BH Online. Selain itu, Fazura dalam masa yang sama turut mengakui bahawa dia kini bagai dapat berasakan jodohnya juga semakin hampir dan dia sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri.

“Doakan yang terbaik dan terima kasih kepada semua peminat. Saya juga bersyukur kepada Allah atas rezeki dan rahmat daripada-Nya,” katanya. Mungkin juga ketika ini ada sesuatu yang Fazura rahsiakan mengenai jodohnya. Apa pun, semoga segala perancangan Fazura akan dipermudahkan. (rtky/s)

×