Suami kepada pelakon dan bekas model Zahnita Wilson iaitu Abd Zackery Ghouse nekad untuk mempertahan dirinya di mahkamah.
Memetik HibGlam, Zackery berkata dia menerima pelbagai tohmahan netizen susulan pelbagai dakwaan yang dilaporkan dalam kes melibatkan dirinya dengan Zahnita.
BACA: Anak Sulung Kecewa Dengan Zahnita, Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa
“Saya bukan ‘monster’. Dah banyak saya korban untuk keluarga tapi saya tak verbal. Saya dapati seluruh rakyat yang mengikuti dia (Zahnita) menganggap saya ini seorang yang ganas, ‘monster’ termasuk seorang yang memukul isteri dan menganiayai anak-anak itu tak betul.
“Saya adalah ayah, saya melindungi anak-anak saya dan juga anak bongsu saya,” katanya.
Semalam, suami Zahnita membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan bekas pelakon dan model itu.
Zackery mendakwa tuduhan dia memukul Zahnita tidak benar sebaliknya dia mempertahan diri daripada perlakuan ganas isterinya.
Dakwa Zackery lagi sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dia terpaksa bertahan dengan sikap isterinya yang setiap tahun minta untuk diceraikan.
SUMBER: HibGlam