fbpx

“Saya Bukan Jenis Perempuan Suka Gaduh Berebut Jantan”

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie mendedahkan dia pernah dicurangi namun tidak akan bergaduh dengan wanita lain demi berebutkan seorang lelaki.

Menerusi satu podcast, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata dia bukan wanita yang sanggup merendahkan harga diri untuk melakukan sedemikian.

BACA: “Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya” – Zarina Anjoulie Ditaja Bedah Hidung

“Saya bukan jenis yang suka bergaduh dengan perempuan lain kerana berebut jantan. Kalau boleh ambil, kau ambillah. Jika dia milik awak, dia akan jaga batas pergaulan dengan wanita lain. Itu sahaja,” katanya.

Lebih mengejutkan, Anju mendedahkan kekasihnya pernah menghamilkan wanita lain ketika masih bersamanya dan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya itu.

“Memang saya ada pengalaman dicurangi, tetapi panjang ceritanya. Dia mengandungkan perempuan itu, dia tak nak bayar.

“Kemudian, perempuan itu hubungi saya, dia DM (mesej langsung). Lepas tu dia tak nak juga kat engkau kan? Dia dengan engkau sekarang tak? Tidak bukan? Sia-sia engkau mengandungkan anak dia,” katanya.

SUMBER: HibGlam