fbpx

“Saya Bersyukur Aidil Tak Pernah Merungut Badan Saya Berisi Ke Kurus Ke”

Bukan mudah untuk mendapatkan bentuk badan ideal lebih-lebih lagi selepas melahirkan cahaya mata termasuklah buat pelakon Fasha Sandha.

Memetik Harian Metro, Fasha berkata meskipun sudah mencapai berat badan ideal, namun dia akan terus mengamalkan gaya hidup sihat.

BACA: Fasha Sandha Kongsi Tips Kurus, Tak Makan Daging & Ayam

Menurut Fasha, dia meluahkan rasa syukur suaminya yang juga pelakon Aidil Aziz tidak pernah mempersoalkan bentuk tubuhnya.

“Saya bersyukur kerana Aidil tidak pernah mempersoalkan atau merungut biar apa pun bentuk tubuh saya. Berisi ke kurus ke, Aidil sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

“Lebih istimewa, dia yang melatih dan bersama-sama bersenam bersama saya. Dalam masa sama, kami berdua dapat meluangkan masa berkualiti sebagai suami isteri,” katanya.

Kata Fasha lagi, dia terpaksa menurunkan berat badan yang banyak kerana terikat dengan perjanjian (kontrak) untuk sebuah drama yang memerlukan dia kurus mendadak.

“Saya terpaksa kurus untuk satu projek drama bulan ini. Syarat dalam drama itu saya kena nampak kurus dan sudah menandatangani kontrak.

“Saya tidak ambil ayam dan daging pada hari Isnin hingga Jumaat. Saya cuma makan ikan saja. Tapi, Sabtu dan Ahad saya akan makan apa saja. Saya masih makan nasi kerana memerlukan tenaga, cuma pengambilan itu dalam kuantiti yang terkawal,” katanya.