“Saya Bergelek Lepas Majlis Akikah, Dibayar Puluh Ribu” – Ifa Raziah
Baru-baru ini tular beberapa video di TikTok mengenai sebuah majlis akikah majlis keluarga yang dipercayai ‘scammer’ Macau, Addy Kanna.
Bagaimanapun, apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila melihat kelibat usahawan kontroversi, Kak KM dan penyanyi Ifa Raziah sedang sakan bergelek.
BACA: Bergelek Sakan Di Majlis Akikah, Ifa Raziah & Kak KM Dikecam Netizen
Memetik Kosmo, Ifa berkata ada dua acara dalam majlis dihadirinya itu iaitu akikah dan sambutan ulang tahun perkahwinan. Jelasnya lagi, dia bergelek selepas majlis akikah dan telah dibayar untuk membuat persembahan.
“Akikah pada awal majlis, ketika maghrib hingga isyak. Selesai akikah acara ulang tahun perkahwinan pula. Saya bergelek selepas persembahan penyanyi Liza Hanim.
“Lagi pun saya penyanyi dangdut. Nak nyanyi dangdut kena berdiri tegak ke? Selama 27 tahun menjadi penyanyi, gelek saya itu yang beri saya makan. Kalau saya tak bergelek siapa nak panggil saya buat persembahan.
“Saya penyanyi dangdut. Sebagai penyanyi dangdut apa yang saya kena buat ialah menyanyi, menghiburkan dan bergelek. Selama ini gelek yang beri saya makan,” katanya.
Menurut Ifa lagi, isu kononnya dia merosakkan majlis akikah tidak sepatutnya timbul kerana ketika dia membuat persembahan semua ahli agama sudah pulang.
“Ustaz-ustaz semua dan balik. Tuan rumah sendiri tukar baju sehingga dua kali. Ketika akikah pakai baju putih. Majlis ulang tahun perkahwinan baju merah jambu. Lainlah kalau saya ustazah kemudian saya bergelek. Bolehlah netizen kecam saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ifa berkata tindakannya bergelek pada majlis tersebut bukan isu besar kerana dia dibayar berpuluh ribu untuk membuat persembahan, serta meminta netizen menonton video penuh di Instagram miliknya.
“Apa masalahnya sekarang? Orang bayar saya berpuluh-puluh ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Melayukan ada 2 side of face.. 1 muka alim ingt Tuhan, ingat mati. Yg lg satu nk enjoy hidup mcm seribu tahun lg…
Cari rezeki dengan cara bergelek halal ke haram???
Ya allah statement ape.dia buat ni..saya bergelek sb bergelek tu lah yg beri saya makan…sentiasa ada jwpn utk perbuatan2 camni..ish ish ish
Itulah..statement bodoh apakah ini dah tua2 ni…sebenarnya rezeki dtg dari Allah..Allah yg beri dia makan..rezeki yg dah ditetapkan di lawhul mahfuz…ataukah ini adalah ujian..ataupun sebuah istidraj? Wallahua’lam..fikirlah sebelum keluar dgn statement kurang bijak ni…dah berusia pun..
Leina Hangat is better
2 sides of faces ?
2 side of face ?
hahahahaaa….. ini lah statement yang kurang bijak. dah betahun dlm industri, ini jawapan dia.